Suami Tolonglah Faham, Bila Isteri Selalu Marah Tandanya Dia Terlalu Penat
Sponsored Links
Loading...
Jangan anggap wanita yang pendiam tiada masalah dalam kehidupannya sebagai isteri dan ibu. Wanita memang dilahirkan dengan kebolehan menyimpan kesedihan, tetapi jika melebihi had, mereka boleh jadi stres.
Namun, ramai suami tidak faham kenapa isteri boleh jadi stres. Ada menganggap isteri mengada-ngada dan menuduh isteri tidak buat kerja dengan ikhlas dan berkira.
Isteri hanya minta suami memahami dan membantu mereka dalam rumah tangga supaya kuranglah serba sedikit tekanan yang dihadapi.
Berikut 6 sebab yang perlu suami tahu kenapa isteri anda stres!
Isteri Penat Buat Semua Kerja
Ramai cik abang menggelarkan isteri sebagai SuperMom, WonderMom atau SuperWomen tetapi sehebat dan sekuat mana pun ibu itu, isteri masih memerlukan bantuan suami.
Lagi memberikan tekanan apabila suami tidak reti membantu kerja rumah atau menguruskan anak dan isteri membuat semua kerja sendirian tanpa bantuan.
Cik abang tahu mengarahkan saja. Isteri pun tahu penat, jadi ringankan tangan membantu isteri di dapur tanpa diminta, sekurang-kurangnya kemaskan meja makan atau cuci pinggan.
Tiada Masa Me Time
Ibu suri rumah tiada masa untuk diri sendiri. Ketika sedang membuang air besar pun sentiasa ditemani anak.
Jadi, mustahil ibu ada masa untuk diri sendiri walaupun sejam. Sebagai suami, berikan masa kepada isteri meluangkan masa sendiri. Benarkan isteri buat perkara yang dia mahu buat tanpa gangguan anak-anak seperti pergi spa dan salon.
Isteri Adalah Ibu Dan Ayah
Suami banyak lepas tangan dalam menjaga anak, bukan saja di rumah tetapi hingga kepada pengurusan anak-anak di sekolah. Ketika hari sukan, ambil keputusan anak, hari perjumpaan ibu bapa, semua isteri lakukan sendiri tanpa suami ambil tahu.
Sesibuk mana pun, luangkanlah masa untuk anak. Jangan serahkan 100 peratus tugas kepada isteri.
Isteri Mahu Suami Luangkan Masa Untuk Keluarga
Isteri mahu suami tahu mengimbangi masa kerja dan keluarga. Jika Isnin-Jumaat suami bekerja, ambil masa pada hujung minggu untuk luangkan bersama keluarga. Bukan keluar lepak dengan kawan. Isteri juga perlukan rehat dan kasih sayang.
Suami jangan lupa isteri juga perlukan perhatian dan bukan hubungan intim semata-mata. Kepada suami yang kerja hingga hujung minggu, luangkan masa bermain bersama dengan anak sebentar pun tidak kisah asalkan ada di rumah bersama keluarga sudah cukup.
Tiada Komunikasi
Ramai suami sekarang lebih suka bermain telefon dan gelak sendirian daripada berbual dengan isteri. Isteri mana tidak tertekan, kadangkala apabila isteri bercakap umpama bercakap dengan dinding, tidakpun mengangguk tanda faham, tetapi sebenarnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Bila isteri cakap tidak fokus, boleh pula salahkan isteri tidak beritahu awal. Kalau sudah gila telefon, apa kata, cik abang ambil saja telefon dan hantar mesej kepada isteri, itu pun salah satu cara komunikasi juga. Mudahkan?
Tiada Keseronokan Dalam Hubungan
Jika keadaan ini berlaku pada isteri ia satu petanda tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Suami jangan biarkan isteri mempunyai perasaan ini kerana ini boleh menyebabkan isteri rasa mereka tidak disayangi atau suami ada perempuan lain.
Dalam hubungan, kena ada gurau senda, dan lawak jenaka baru timbul keseronokan. Caranya mudah, layan isteri seperti mana anda bercinta dahulu.
Kesimpulannya, suami jangan biarkan isteri buat semua kerja sendirian. Luangkan masa, dengar dan fahami isteri. Janganlah apabila isteri sudah tiada perasaan dengan anda, baru rasa mahu berubah.
Isteri apabila move on, selembut-lembut hati wanita pun tidak mungkin anda boleh pujuk, walaupun menangis air mata darah sekalipun.
Sponsored Links
Loading...
Loading...
0 Response to "Suami Tolonglah Faham, Bila Isteri Selalu Marah Tandanya Dia Terlalu Penat"
Post a Comment