Remaja Muntah Hijau, Hampir Kehilangan Nyawa Akibat Vape
Sponsored Links
Loading...
Gara-gara gemar menghisap vape, seorang remaja lelaki hampir kehilangan nyawa.
Ewan Fisher, 19, dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah hijau dan sesak nafas selepas empat bulan menghisap vape.
Dia memerlukan mesin sokongan hayat dan diletakkan dalam rawatan intensif apabila organnya gagal berfungsi selain memerlukan paru-paru buatan untuk mengepam oksigen melalui badannya.
Remaja dari Nottingham itu dipercayai mengalami tindak balas imun berlebihan terhadap bahan kimia yang terdapat dalam vape.
Dia telah diagnos hipersensitiviti pneumonitis (HP) di mana kantung udara dan saluran udara dalam paru-paru menjadi radang.
Keadaan ini dicetuskan oleh tindak balas alergi terhadap bahan kimia yang terdapat dalam vape.
Remaja itu mendedahkan telah berhenti menghisap rokok setengah bungkus setiap hari pada usia 16 tahun bagi memberi tumpuan kepada latihan tinju dan beralih kepada vape.
‘Saya jangkakan dengan beralih kepada vape, ianya lebih sihat dan menyertai tinju membuatkan saya lebih selesa,” katanya.
Bagaimanapun mesin sokongan hidup telah menyelamatkannya dan berada di hospital selama sebulan dan tidak pulih sepenuhnya selama lebih satu tahun.
Dia yang kini belajar di kolej memberi amaran kepada orang ramai agar tidak beralih dari rokok kepada vape.
“Kepada orang yang sudah merokok, jumpalah doktor untuk mendapatkan bantuan. Janganlah beralih kepada vape.
“Kepada remaja yang memikirkan vape itu sesuatu yang baik, itu tidak benar,” katanya. -Agensi
Sumber: cempedakcheese.com
Sponsored Links
Loading...
Loading...
0 Response to "Remaja Muntah Hijau, Hampir Kehilangan Nyawa Akibat Vape"
Post a Comment